KURSUS KEMAHIRAN
TVET MALAYSIA

Membina kerjaya yang cemerlang serta
pendapatan yang lumayan  dalam industri pembinaan

Apa itu #Skillspower?

#SKILLSPOWER merupakan kempen yang dilancarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk menggalakkan lebih ramai belia menceburi industri pembinaan.

Dengan cabang kerjaya yang luas dan pertumbuhan yang berkembang tahun demi tahun, industri pembinaan memberi peluang yang tidak patut dilepaskan oleh belia yang ingin membina kerjaya dan mengubah masa depan mereka!

Skillspower menawarkan pelbagai Kursus Kemahiran TVET melalui kolej kemahiran dan kolej komuniti yang berdaftar di Malaysia

FAKTA INDUSTRI PEMBINAAN

  • Industri pembinaan mencatatkan pertumbuhan 6.1 peratus kepada KDNK negara. Menyertai industri pembangunan bermaksud anda terlibat secara langsung dalam pembangunan negara.
  • Lebih banyak peluang pekerjaan akan dibuka pada tahun 2018 kerana pelbagai projek bakal dijalankan seperti Rel Berkelajuan Tinggi (HSR), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Lebuhraya Persisir Pantai Barat dan lain-lain.

SASARAN

Anda layak sertai #Skillspower sekiranya anda adalah belia berusia antara 18-35 tahun yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Lepasan SPM atau setaraf dengannya
  • Inginkan perjalanan kerjaya yang terjamin dan boleh berkembang
  • Sedang mencari peluang pekerjaan dengan pendapatan yang stabil dan lumayan
  • Berminat dalam bidang praktikal

5 sebab mengapa anda
wajib sertai #Skillspower

KERJAYA TERJAMIN

PENDAPATAN LUMAYAN

PENGIKTIRAFAN KOMPETENSI & SIJIL KEMAHIRAN

LATIHAN BERASASKAN PRAKTIKAL

TEMPOH KURSUS 2-8 BULAN SAHAJA

purata GAJI SEBULAN

Backhoe OperatorRM3,750 sebulan
Draughtsman
RM2,500 sebulan
ScaffolderRM5,000 sebulan
Crane OperatorRM5,500 sebulan
WelderRM4,000 sebulan
WiremanRM4,500 sebulan

Video Highlight

Mahir & Mantap Seperti Kami

Testimoni dari Alumni Akademi Binaan Malaysia yang telah berjaya dalam bidang masing-masing

“Rebutlah peluang dalam kursus kemahiran kerana ia memberikan masa depan kerjaya yang cerah dalam industri pembinaaan nanti.”

Pendapatan
RM45,000 / tahun

SPM, Sijil Kemahiran Backhoe Operations
(Akademi Binaan Malaysia)

Yusnorhafiz

Backhoe Operator

“Program seperti kursus kemahiran ini banyak membantu belia-belia sekarang mendalami kerjaya pembinaan.”

Pendapatan
RM60,000 / tahun

SPM, Sijil Kemahiran – Scaffolding Erections
(Akademi Binaan Malaysia)

Iqbar Mohd Said

Scaffolder (Offshore)

“Kursus kemahiran yang dilalui adalah relevan pada industri. Pengetahuan yang ditimba banyak membantu dalam kerjaya saya sekarang.”

Pendapatan
RM30,000 / tahun

SPM, SKK Architectural Drafting
(Akademi Binaan Malaysia)

Siti Amirah

Draughtsman

“Saya yakin skills yang saya peroleh dalam kursus kemahiran ini akan memberi manfaat sepanjang hidup saya.”

Pendapatan
RM240,000 / tahun

SPM, Giatmara, SKK Air Conditioning & Mechanical Ventilation (ABM)

Muhammad Solahuddin

Pengurus

Laman Sosial Rasmi

PUSAT TVET PEMBINAAN

DIKUASAKAN OLEH

STATISTIK PELAWAT

Hari ini - 74 users
Semalam - 171 users
Sejak mula - 65000 users